BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
Pelbagai budaya bermaksud satu sistem kepercayaan dan
tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam
kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan
sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam
konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.
Teori sosial pelbagai budaya adalah Melting
Pot 1 (Anglo Conformity), Melting Pot 2 (Ethnic synthesis) dan Cultural
pluralism (Mosaic Analogy).
Teori
Melting Pot 1 (Anglo Conformity) adalah masyarakat yang terdiri daripada individu
yang pelbagai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya harus disatukan
dalam satu wadah yang paling dominan. Teori ini melihat individu dalam
masyarakat secara hierarki, iaitu kumpulan majoriti dan minoriti. Sebagai
contoh, apabila kumpulan majoriti adalah penganut agama A, maka kumpulan
minoriti hendaklah mengikut agama golongan majoriti. Teori ini jelas tidak
berpegang kepada prinsip demokrasi.
Teori
Melting Pot 2 (Ethnic synthesis) merupakan Setiap individu dalam suatu masyarakat
yang pelbagai latar belakang, disatukan dalam satu wadah, dan seterusnya
membentuk wadah baru, dengan memasukkan sebahagian unsur budaya yang dimiliki
oleh setiap individu dalam masyarakat tersebut. Identiti agama, etnik, bahasa,
dan budaya asli anggota masyarakat yang pelbagai ini akan membentuk satu
identiti yang baru, lama-kelamaan akan hilanglah identiti yang asal. Teori ini
tidak sepenuhnya demokratik, kerana hanya mengambil sebahagian unsur budaya
asli individu dalam masyarakat, dan membuang sebahagian unsur budaya yang lain.
Teori
Cultural pluralism (Mosaic Analogy) pula adalah masyarakat
yang terdiri daripada individu dari pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang
agama, etnik, bahasa, dan budaya tersendiri, memiliki hak untuk mengekspresikan
identiti budaya mereka secara demokratik. Teori ini sama sekali tidak
meminggirkan identiti budaya tertentu, termasuk identiti budaya kelompok
minoriti.
Pendidikan
pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih
daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri
ras (Saha, 1997). Pendidikan pelbagai budaya boleh berlaku dalam pendidikan
formal atau tidak formal. Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk
mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira
perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia,
konsep, nilai, keyakinan, dan sikap.
Pendidikan
pelbagai budaya dapat dilihat dari tiga aspek: konsep, gerakan, dan proses
(Banks 1989). Dari aspek konsep, pendidikan pelbagai budaya merupakan idea yang
melihat semua pelajar mempunyai hak yang sama untuk belajar di dalam kelas
tanpa membezakan mereka dari segi jantina, kelas sosial, etnik atau kriteria
lain. Dari aspek gerakan, pendidikan pelbagai budaya didefinisikan sebagai
usaha untuk mengubah institusi-institusi pendidikan sehingga pelajar daripada
semua kaum, kelas sosial, jantina dan lain-lain memiliki peluang yang sama
untuk belajar. Manakala, dari aspek proses, pendidikan pelbagai budaya dapat
difahami sebagai proses untuk mencapai tujuan agar kesamaan pendidikan dapat
dicapai oleh semua pelajar.
Dimensi
pendidikan pelbagai budaya mengintegrasikan berbagai budaya dan kelompok untuk
mengilustrasikan konsep asas, generalisasi dan teori dalam mata pelajaran
disiplin ilmu (content integration), membawa
pelajar untuk memahami implikasi budaya ke dalam sebuah mata pelajaran (The knowledge construction process), dan
menyesuaikan kaedah pengajaran dengan cara belajar para pelajar dalam rangka
membimbing prestasi akademik pelajar yang pelbagai baik dari segi ras, budaya
ataupun sosial (an equity pedagogy).
Selain tu, mengenal pasti kriteria dan ciri-ciri budaya pelajar dan menentukan
kaedah pengajaran yang sesuai untuk mereka. Ini adalah bagi mengurangkan
perasaan prejudis terhadap budaya kaum lain (prejudice reduction) dan melatih kelompok untuk menyertai dalam
kegiatan olahraga, berinteraksi dengan seluruh staf dan pelajar yang berbeza
etnik dan ras dalam membentuk dan memperkasakan budaya sekolah dan struktur
masyarakat (an empowering school culture
and social structure).
Prinsip
pendidikan pelbagai budaya berkesan adalah menyediakan semua pelajar bagi
memberi sumbangan secara maksimum dalam kehidupan dunia masa sekarang, termasuk
dalam setiap kurikulum, meliputi tujuan-tujuan pembelajaran afektif dan
kognitif, serta populasi pelajar dengan latar belakang yang pelbagai akan
mengarah kepada pembelajaran yang terbaik bagi setiap individu pelajar.
Pendekatan pelaksanaannya adalah:
a. Guru menolong
pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik dalam semua bidang termasuklah
kemahiran asas dengan menggunakan bahan pengajaran yang sensitif dan sesuai dengan
latar belakang pelajar.
b. Guru memberi
perhatian kepada suara hati pelajar dan komunikasi secara verbal dan bukan
verbal antara guru dan pelajar hendaklah dianalisis untuk meningkatkan
penyertaan pelajar semasa proses pembelajaran. Pelajar perlu merasa selesa dan
diterima apabila mereka membawa identiti budaya mereka ke dalam bilik darjah
c. Pengajaran
pendidikan pelbagai budaya harus fleksibel kerana tidak ada satu pun kaedah
pembelajaran sesuai untuk seluruh pelajar.
d. Pengajaran
pendidikan pelbagai budaya adalah berpusatkan pelajar, tidak sesuai apabila
menggunakan kaedah kuliah.
e.
Pendidikan
pelbagai budaya berasas kepada prinsip: penghargaan, empati dan kesamarataan
f. Cara belajar
pelajar dan cara guru mengajar hendaklah difahami bagi membina danmengembangkan
kaedah pengajaran yang lebih berkesan.
g.
Pendidikan
pelbagai budaya hendaklah dimasukkan ke dalam kurikulum secara formal.
h.
Pendidikan
pelbagai budaya mesti memberi kesan kepada kurikulum di setiap peringkat.
i. Pendidikan
pelbagai budaya hendaklah mengajar pelajar untuk berfikir secara kreatif dengan
memberi kebebasan untuk bertanya.
j.
Memerlukan
pemahaman terhadap budaya kaum lain.
k.
Pendidikan
pelbagai budaya mesti menggunakan masyarakat sebagai sumber.
Laporan
Barnes (1951), Laporan Fenn-Wu (1951 dan Ordinan Pendidikan (1952) merupakan
dasar pendidikan pelbagai budaya. Kepentingan memahami kepelbagaian budaya bagi
guru adalah guru bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya.
Dalam konteks profesional keguruan, dengan memahami kepelbagaian budaya,
seseorang guru akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan murid daripada
pelbagai budaya.
Ciri-ciri
guru berkesan dalam pendidikan pelbagai budaya menurut Banks (1989) adalah sensitif
terhadap tingkah laku para pelajar dari pelbagai latar belakang, sensitif
terhadap kemungkinan wujudkan kontroversi tentang topik yang diajar dan menggunakan
teknik pembelajaran secara berkumpulan (koperatif) untuk meningkatkan integrasi
etnik dalam pembelajaran. Menurut Najeemah (2007) pula, guru mesti tidak berat
sebelah dan perlu berfikiran terbuka, guru perlu jujur dan menghargai
alternatif budaya seperti bahasa, kepercayaan, nilai dan tingkah laku, dan guru
mestilah menganggap bahawa kepelbagaian budaya memberi manfaat kepada mereka.
Dengan pengetahuan yang ada guru dapat memahami pelajar daripada budaya yang
berlainan.
Pengurusan
bilik darjah yang mesra budaya adalah dengan mengambil kira persekitaran
fizikal iaitu dari segi pelan kedudukan murid, pengisian papan kenyataan dan
hiasan keceriaan. Seterusnya dari segi PdPc adalah pengetahuan sedia ada murid,
pendekatan dan teknik pdPc, dan peka dengan topik-topik tertentu. Dari segi
hubungan guru-murid, bilik darjah perlu selamat, corak komunikasi dan interaksi
serta menjaga hubungan guru-ibu bapa murid. Selain itu, mempunyai peraturan
bilik darjah dan rutin harian. Bagi bimbingan dan kaunseling, perlu ada
intervensi bagi menangani tingkah laku bermasalah. Program pelbagai budaya
peringkat di sekolah adalah aktiviti memupuk perpaduan dalam pendidikan seperti
Kelab Rukun Negara, Kem Perpaduan, Program Silang Budaya dan juga Kelab Bahasa
ke-3.
Comments
Post a Comment