BAB 9: PENGURUSAN DISIPLIN
Menurut
Abdullah Sani (2005) disiplin merupakan satu bentuk latihan untuk mengembangkan
potensi individu daripada segi intelek, jasmani, rohani dan sosial supaya
menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia dan memberi
manfaat kepada masyarakat. Disiplin adalah satu set peraturan yang telah
ditetapkan kepada murid-murid bagi mengawal serta untuk mendapatkan tingkah
laku yang diingini. Terdapat 2 bentuk disiplin iaitu disiplin asas dan disiplin
intrinsik/kendiri. Disiplin asas melibatkan individu dalam masyarakat yang
lebih besar. Peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh institusi-institusi
bukan formal dan formal yang wujud dalam masyarakat demi menjaga keharmonian
dan kesejahteraan hidup seharian. Manakala, disiplin intrinsik/kendiri adalah disiplin
yang lahir dalam individu. Disiplin jenis ini merangkumi sifat empati,
mempunyai kesedaran sivik, moral,agama dan pergaulan yang tinggi dalam
masyarakat.
Tugas guru dalam menjalankan Kuasa
Disiplin adalah guru disiplin. Mengikut Ordinan Pendaftaran Guru-Guru 1957,
guru bererti, “Seseorang yang mengajar murid-murid di sesebuah sekolah atau
yang menyediakan atau mengeluarkan bahan-bahan pengajaran atau yangmemeriksa
kertas-kertas jawapan di sekolah; dan Seseorang yang mempunyai kelayakan yang
ditentukan oleh Kementerian Pelajaran, sihat dari segi fizikal dan tidak pernah
dihukum oleh mahkamah dibawah Ordinan ini”. Mengikut Akta Pendidikan 1996, guru
diberi pengertian berikut, “Mengajar murid di Sesuatu institusi pendidikan;
atau Menyediakan atau mengeluarkan bahan pelajaran atau memeriksa jawapan yang
dikembalikan ‘di, bagi ataupun melalui’ pusat pendidikan jarak jauh”.
Guru memainkan peranan dan
tanggungjawab bukan sahaja setakat mengurus atau mengajar tetapi juga mendidik.
Mereka membentuk sikap, nilaidan akhlak murid-murid melalui pembentukan
disiplin yang baik. Perakuan 76(a) dalam
Perakuan-perakuan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar
Pelajaran 1979, menyatakan, “Langkah-langkah yang positif hendaklah diambil
untuk menyemai danmengawas disiplin murid-murid di sekolah dengan melibatkan
semua guru, danbukan setakat guru-guru pengawas disiplin dan pengawas
murid-murid sahaja”. Berdasarkan Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2001:
Pemantapan
Pengurusan Disiplin Sekolah, menyarankan, “Semua
guru mesti mengambil tanggungjawab bersama dalam menentukan disiplin sekolah
sentiasa berada di dalam keadaan baik dan terkawal. Guru-guru kelas terutamanya
boleh memainkan peranan yang penting sebagiguru disiplin bagi kumpulan murid-murid
di kelasnya”.
Buku Panduan Tatacara Disiplin
Sekolah untuk Guru Besar dan Guru (1988) menggalurkan tiga (3) peranan guru
dalam usaha kawalan disiplin murid iaitu mengawas disiplin di dalam bilik
darjah, di sekitar sekolah dan jugasemasa kegiatan-kegiatan rasmi di luar
sekolah, menjalankan hukuman disiplin apabila diarahkan oleh guru besar ataupun
pengetua secara nyata atau khusus mengikut peraturan-peraturan yangsedia ada dan
memberi kerjasama sepenuhnya kepada guru besar ataupun pengetua dan kepada
guru-guru lain dalam tugas melaksanakan disiplin sekolah.
Sistem E-SSDM v2.0 merupakan
penambahbaikan sistem SSDM sedia ada. Sistem ini mementingkan Amalan
Baik sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan
murid-murid yang bakal mencorakkan negara pada masa hadapan. Dengan memasukkan
elemen mata (markah) dalam sistem ini, status sahsiah seseorang murid
boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti. Tujuan sistem ini
adalah untuk membantu pihak sekolah dalam proses penentuan hukuman supaya
selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas serta peraturan-peraturan sedia ada.
Seterusnya, untuk memantapkan
pengurusan disiplin selaras dengan perkembangan dunia teknologi maklumat dan
komunikasi. Tambahan pula, dapat memastikan murid-murid yang melakukan
kesalahan disiplin dibantu sepenuhnya oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling. Sistem
ini juga dapat menjalin rangkaian kerja yang jelas antara guru-guru, Ketua Guru
Disiplin / GPK HEM, Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling, murid-murid dan
penjaga. Sistem ini adalah sebagai pangkalan data disiplin murid dengan
penyediaan pelbagai bentuk laporan.
Proses dalam merekod kes salah laku
adalah pertama sekali, guru melaporkan kes salah laku ke dalam sistem. Setelah
itu, ketua Guru Disiplin/GPK HEM menjalankan siasatan, dan jika sah, akan
mencadangkan hukuman. Seterusnya, pengetua boleh sama ada menukar hukuman dan
mengesahkan hukuman, ketua Guru Disiplin / GPK HEM mengambil tindakan terhadap
hukuman yang disahkan oleh Pengetua, pembantu Pejabat menguruskan fail dan
pengeposan surat, dan proses terakhir, guru Bimbingan dan Kaunseling akan
menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling terhadap murid-murid tersebut. Bagi
perekodan Amalan Baik, guru melaporkan amalan baik murid ke dalam sistem dan sistem
akan memproses mata (markah) serta mengeluarkan pelaporan Status Sahsiah murid.
Operasi sistem adalah berasaskan
‘Web’, yang boleh diakses oleh guru-guru, Ketua Guru Disiplin / GPK HEM, Guru
Bimbingan dan Kaunseling, Pengetua, Pegawai-pegawai PPD, JPN, KPM, murid-murid,
dan penjaga dengan agihan dan pecahan tugas yang jelas. Sistem ini dirancang
capaiannya hingga kepada penggunaan Android dan Smart Phone selaras dengan
perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
PPD berperanan memantau laporan dan
melaksanakan langkah intervensi / program peningkatan sahsiah peringkat daerah.
Tugas JPN pula memantau laporan dan melaksanakan langkah intervensi / program
peningkatan sahsiah peringkat negeri. KPM bertanggungjawab memantau laporan dan
melaksanakan langkah intervensi / program peningkatan sahsiah peringkat
nasional. Murid-murid berperanan memantau pelaporan individu dan berbincang
dengan UBK untuk meningkat status sahsiah dan penjaga bertanggungjawab memantau
pelaporan individu anak-anak di semua sekolah di bawah KPM.
Terdapat kod untuk setiap kategori
kes seperti dalam SSDM seperti kes tingkah laku jenayah, buli, rokok, ponteng,
tingkah laku lucah, tingkah laku kurang sopan/biadap, kesalahan vandalisme,
tingkah laku tidak amanah, kenakalan, tingkkah laku tidak pentingkan masa,
kekemasan diri, penglibatan politik, lain-lain dan kes khas. Terdapat juga
senarai hukuman seperti amaran lisan 1, amaran lisan 2, amaran lisan 3, denda,
kelas tahanan, amaran bersurat 1, amaran bersurat 2, amaran bersurat 3, rotan
1x, rotan 2x, rotan 3x, larangan menggunakan kemudahan sekolah, gantung persekolahan
dan buang sekolah. Begitu juga dengan senarai amalan baik mempunyai kod bagi
setiap amalan baik yang dilakukan.
Comments
Post a Comment