BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN


Pengurusan alam pembelajaran merupakan persediaan ke alam sekolah melalui kajian di sekolah dan Program Perantis Guru (PPG) 1dan 2. Pengajaran dan pembelajaran (PdP) perlu dirancang untuk memenuhi masa yang diperuntukkan, menepati kehendak objektif/matlamat, berkesan sepanjang waktu pengajaran, serta menarik perhatian dan tidak membosankan. Objektif pengajaran terbentuk daripada implisit dan eksplisit. Bagi objektif implisit, ia melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti memahami, mengetahui, menghargai sesuatu yang telah diajar. Manakala, bagi objektif eksplisit pula melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti menyenaraikan, menjelaskan, memberikan contoh, serta menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan.  
            Buku rekod mengajar adalah buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku ini mengandungi dua perkara penting iaitu Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan berdasarkan takwim minggu persekolahan. Isi ringkas rancangan pengajaran berdasarkan sukatan kebangsaan. Komponen yang perlu diutamakan dalam merekabentuk PdP ialah objektif pengajaran, strategi pengajaran yang sesuai, bahan bantu pengajaran, maklum balas pelajar dan penilaian. Sumber-sumber yang digunakan semasa proses PdP adalah buku teks, buku rujukan, buku latihan, lampiran nota, alat audio visual, LCD, computer/TV, serta peta/gambar rajah. Bahan/alat bantu mengajar mampu menghidupkan suasana pembelajaran.
            Pelaksanaan proses PdP terdiri daripada set induksi, perkembangan PdP, dan penutup. Set induksi merupakan langkah permulaan dalam proses PdP untuk menghasilkan aliran pemikiran dan meransang minat pelajar. Teknik yang digunakan adalah melalui soalan, kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, isu semasa yang berkaitan, gambar atau bunyi. Perkembangan PdP merupakan penyampaian isi pelajaran melalui teknik penyampaian guru dan teknik menyoal. Di samping itu, ia merupakan penggabungjalinan, penyerapan, pengukuhan dan pengayaan, pemulihan dan penilaian serta hasil pembelajaran murid. Bagi penutup, aktiviti yang dijalankan adalah seperti susulan, penilaian objektif pengajaran, membuat kesimpulan dan rumusan.
            Dalam pengurusan kelas, guru bertanggungjawab menguruskan rutin kelas, menyedia, mentafsir dan menyimpan rekod pelajar, menyedia dan melaksanakan rutin kelas, mengutip yuran, memastikan maklumat dalam kelas dikemaskini, menjalankan tugas-tugas lain, mengurus dan memastikan pelajar-pelajar menjalankan tugas harian, mengurus dan memastikan pelajar memahami dan mematuhi peraturan kelasserta mengurus keadaan fizikal kelas supaya sesuai untuk proses P&P. Persediaan yang perlu dibuat oleh guru seblemu mengajar adalah penulisan persediaan mengajar, persediaan ilmu pengajaran dan isi pelajaran diajar, persediaan bahan pengajaran, persediaan peralatan pengajaran, persediaan ruang pengajaran dan persediaan kemahiran dalam pengajaran. Penyeliaan pengajaran amali terdiri daripada pengenalan, tunjuk cara oleh guru, agihan kerja pelajar, penyeliaan aktiviti amali, penilaian/refleksi aktiviti amali, pembersihan makmal dan penutup.
            Kajian bermaksud pengumpulan data yang sistematik, pembentangan, dan juga analisis data. Kajian digunakan untuk mengumpul maklumat yang kita gunakan seharian dalam erti kata sistematik untuk memajukan teori atau menyelesaikan masalah (Bartlett, 2001). Tujuan kajian kes dijalankan untuk melatih lebih ramai pegawai termasuk jurulatih dan pendidik di Kementerian Pelajaran untuk mengeluarkan kajian kes yang berkualiti. Usaha untuk meningkatkan pembelajaran dan pengajaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah melalui kes-kes yang telah dikaji tersebut. Antara contoh kajian yang telah dilaksanakan adalah “Perlaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu:Kajian Kes Di Sebuah Sekolah Rendah Di Daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur” oleh Dr. Seman Salleh, Jabatan Pengajian Melayu, Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai, 59200 Kuala Lumpur.
            Program Perantis Guru (PPG) 1 dan 2 terbentuk berasaskan pendekatan perkembangan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini untuk memberi pendedahan awal dan memberi peluang kepada guru pelatih memahami situasi di sekolah. Objektif program ini adalah memberi peluang kepada guru pelatih umtuk menyesuaikan diri, meninjau persekitaran, mengumpul maklumat tentang pengurusan, kurikulum, dan prasarana, membuat pemerhatian aplikasi teori P&P dalam bilik darjah, merekod pengalaman melalui folio, serta memupuk budaya pemikiran kreatif dan reflektif terhadap dunia pendidikan. Tumpuan tugasan PPG dalah dalam bidang pengurusan, prasarana, kurikulum/Program Bimbingan dan Kaunseling serta Ko-kurikulum.
            Guru pelatih berperanan dan bertanggungjawab menghadiri taklimat, memahami objektif PPG, lapor diri dan bina hubungan baik dengan pihak sekolah, mengamalkan etika, membantu guru dalam kokurikulum, mengumpul maklum balas, menyediakan folio PPG, menyerahkan boring rumusan serta folio kepada pensyarah, perbelanjaan tanggungan sendiri serta mengajar dan sediakan PdP semasa PPG 2. Bagi garis panduan, peranan dan tanggunjawab pihak sekolah adalah bekerjasama dengan pihak UPSI, melantik guru yang berpengalaman sebagai guru pendamping, membantu guru pelatih menyesuaikan diri, membantu mengumpul maklumat sekolah, beri peluang membuat pemerhatian semasa P&P guru berpengalaman berlangsung, awasi displin dan kehadiran guru pelatih, melapor sebarang kes mengenai guru pelatih dari masa ke semasa ke UPSI, serta menyerahkan borang rumusan kehadiran dan dokumen lain ke UPSI.
            Peranan dan tanggunjawab guru pendamping pula ialah membimbing guru pelatih ke arah perkembangan Sahsiah Pendidikan, memaklumkan kepada pengetua mengenai kemajuan guru pelatih dari masa ke semasa dan menjalankan sekurang-kurangnya sekali perbincangan. Selain itu, peranan dan tanggungjawab pensyarah bimbingan ialah menjelaskan konsep, objektif dan tugasan PPG, menyemak folio serta dokumen lain yang berkaitan, menggunakan maklumat dan catatan pengalaman guru pelatih dalam folio untuk perbincangan, membuat rumusan, membuat lawatan jika perlu serta menyimpan rekod penilaian PPG.
                Kehadiran adalah wajib 100% kecuali cuti sakit yang ada pengesahan atau cuti mengejut yang mengakibatkan keluarga. Sekiranya guru pelatih tidak memenuhi 100%, guru pelatih harus menghabiskan tempoh PPG sebelum Latihan Mengajar. Guru pelatih yang mempunyai masalah kesihatan disarankan supaya menangguhkan PPG. Risiko adalah tanggungan sendiri. Semasa menjalani PPG, aspek-aspek yang perlu difokuskan adalah interaksi dan komunikasi, penglibatan dalam aktiviti sebagai guru pembantu, pengurusan bilik darjah, perancangan dan pengajaran, amalan refleksi serta sikap dan sahsiah.
           





Comments

Popular posts from this blog

BAB 9: PENGURUSAN DISIPLIN

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA