BAB 10: PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN
Falsafah
Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling menyatakan, “Bahawasanya setiap pelajar
mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan
menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan
beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid
yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan
beramal soleh.”
Pengurusan tertinggi dalam Unit
Bimbingan dan Kaunseling adalah Pengerusi (Pengetua), seterusnya Naib Pengerusi
(4GPK, 4 Guru Kanan), Setiusaha (Kaunselor), Penolong Setiusaha (Kaunselor) dan
Ahli Jawatankuasa. Semua lantikan Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM)
hendaklah dikecualikan daripada beban tugas mengajar secara tetap dan berjadual.
Unit Bimbingan dan Kaunseling fokus kepada peningkatan disiplin murid,
pembangunan dan perkembangan sahsiah diri murid, pengurusan akademik dan
kerjaya serta psikososial dan kesejahteraan mental. Ruang yang terdapat dalam
bilik Bimbingan dan Kaunseling adalah bilik kaunseling individu, bilik
kaunseling kelompok, bilik pengurusan dan juga ruang menunggu.
Antara
program yang dijalankan adalah seperti Amalan Guru Penyayang (mentor mentee),
Dasar Warga Emas Negara (DWEN- program kesukarelawanan dan warga emas angkat),
Program Minda Sihat (Saringan DASS, Saringan masalah murid, Saringan Coping
Style), serta Pendidikan Kerjaya (Ujian-ujian kerjaya).
Pembangunan dan perkembangan sahsiah
diri murid bermatlamat untuk Memupuk perkembangan personaliti diri positif
seperti sikap penyayang, berbudi bahasa, kepimpinan, kekemasan diri, ketepatan
masa dan sebagainya. Kaaedah yang digunakan adalah melalui kaunseling individu,
kaunseling kelompok, bimbingan individu, bimbingan kelompok, konsultasi dan ceramah.
Matlamat dalam peningkatan disiplin murid adalah memupuk disiplin murid melalui
intervensi bagi mencegah pelanggaran disiplin secara berterusan. Kaedah yang
digunakan adalah melalui Sistem fail (SSDM), perkongsian, kaunseling individu,
kaunseling kelompok, bimbingan individu, bimbingan kelompok, konsultasi dan ceramah.
Selain itu, pengurusan akademik dan
kerjaya bermatlamat untuk memberi pendedahan & bimbingan mengenai peluang
pendidikan dan hala tuju kerjaya. Kaedah yang digunakan adalah melalui bimbingan
individu, bimbingan kelompok, ceramah, forum, seminar dan pertandingan.
Seterusnya, matlamat psikososial dan kesejahteraan mental adalah untuk membimbing
murid agar mampu mengurus dan mengekalkan kesejahteraan diri dan mental
(saringan minda sihat). Antara kaedah yang digunakan adalah bimbingan individu,
bimbingan kelompok, bengkel/seminar, perkhemahan, Pembimbing Rakan Sebaya,
taklimat dan inventori.
Comments
Post a Comment