BAB 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
Hubungan
sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks. Interaksi
sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi
interaksi luar sekolah. Faktor luaran dan dalaman sekolah adalah tiga pihak
yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir,
guru, murid di sekolah. Sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakat
terlibat dalam tiga dimensi interaksi dengan pihak luar. Terdapat hubungan
antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah seperti
kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah
murid di sekolah.
Gaya kepimpinan, peranan para guru,
dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah
murid di sekolah merupakan faktor-faktor dalaman sekolah. Bagi interaksi
dalaman sekolah, situasi pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan
yang berkesan. Kepimpinan yang berkesan mampu mencapai matlamat masyarakat terutama
dari segi pencapaian akademik dan sahsiah. Pengetua harus mempunyai interaksi
yang positif dengan guru-guru dan begitulah sebaliknya.
Terdapat bentuk-bentuk hubungan
interaksi antara pihak sekolah dengan pihak-pihak di luar sekolah seperti ibu
bapa, penjaga, dan komuniti-komuniti dalam masyarakat. Individu yang secara
idealnya perlu merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah ialah
pengetua dan dibantu oleh guru-guru lain di sekolah. Interaksi yang baik dalam
PIBG dapat membantu menjayakan program-program sekolah. Pengetua boleh
melibatkan komuniti-komuniti sekitar dalam menjayakan aktiviti-aktivitinya.
Dalam perkongsian pintar, hubungan tiga dimensi antara sekolah, ibu bapa
dan masyarakat perlu mencapai matlamat atau objektif yang sama, perlu ada
hubungan yang mantap dan akrab serta gabungan strategik yang membawa faedah sinergi
kepada semua pihak yang terlibat. Matlamat perkongsian adalah sekolah sebagai
sebuah institusi sosial tidak wujud bersendirian, sekolah sebagai sebuah institusi
sosial yang kompleks, (tidak perlu timbul keraguan dan salah faham), dan memerlukan
keprihatinan dan permuafakatan antara pihak sekolah dan masyarakat dalam
mengatasinya. Perkongsian ini amat penting kerana masyarakat dan sekolah saling
memerlukan, sekolah sebagai agen perubahan masyarakat, masalah masyarakat
merupakan masalah sekolah juga, budaya adalah hak masyarakat dan sekolah yang
selamat memerlukan penglibatan masyarakat.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
adalah sebuah organisasi yang penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah.
Dalam hubungan sekolah dan ibu bapa (PIBG), ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak. PIBG berperanan
sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. Tindakan PIBG membela nasib guru
agar guru bersemangat dan selesa ketika bertugas. Hubungan ini mampu
mengelakkan prasangka antar ibu bapa dengan guru. Perbincangan boleh diadakan
dari semasa ke semasa dengan pihak
sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi. Penglibatan
aktif PIBG dapat mencabar minda, menarik minat dan memberikan motivasi yang
tinggi kepada pelajar.
Selain itu, peranan dan
tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan
pencapaian sekolah serta pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah
yang terbilang. Sebarang perbezaan dari segi pandangan dan pendapat dalam kalangan
kita bukanlah penghalang. Hubungan ini juga dapat menambahkan dana persatuan
dengan inisiatif dan kerjasama pucuk pimpinan dan semua ahli persatuan. Justeru
itu, hubungan dan kerjasama ini akan mewujudkan pemuafakatan yang saling
memerlukan ibarat aur dengan tebing bagi menjana kecemerlangan sekolah dan
melahirkan masyarakat 1
Malaysia yang aman dan harmoni.
Comments
Post a Comment