BAB 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN


Institusi sosial merupakan seseorang yang melalui proses mempelajari peranan, status dan nilai. Sosialisasi adalah satu proses pembelajaran berteusan yang bermula dari pemindahan norma/nilai dalam keluarga atau budaya. Pendirian atau konsep dipelajari ketika kanak-kanak dan semakin dewasa, banyak hasil dari interaksi yang dipelajari oleh manusia. Terdapat tiga jenis sosialisasi iaitu primer/permulaan, sekunder/penyertaan dan resosialisasi. Primer berlaku dalam keluarga di mana kanak-kanak belajar membina konsep diri, personality, kemahiran motor, penaakulan dan kemahiran bahasa. Sekunder berlaku di luar lingkungan keluarga iaitu pemindahan nilai oleh agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru dan media massa. Resosialisasi adalah proses individu menukar kepercayaan, moral dan nilai yang sedia ada.
            Sosialisasi dijadikan sebagai matlamat pendidikan di Malaysia di mana guru dan rakan adalah sebagai agen. Sosialisasi berlaku melalui interaksi sosial antara seorang individu murid dengan guru dan rakan umumnya di sekolah dan dalam bilik darjah/semasa pembelajaran. Guru dijadikan sebagai model dari segi penampilan dan bahasa tubuh, tingkah laku, contoh teladan, pengetahuan yang luas dan juga sifat kepimpinan. Penampilan guru perlu mengikut etika berpakaian dan bahasa tubuh dari segi ekspresi muka, kontak mata, paralinguistik, postur tubuh, pergerakan badan dan ruang peribadi dan sentuhan.
            Tingkah laku guru perlulah sopan, berhemah tetapi tegas, berempati, menangani masalah dengan adil, menggunakan bahasa yang sesuai dan kawal emosi dan fikir dahulu sebelum berkata-kata. Guru juga menjadi contoh teladan agar murid dapat menunjukkan minat terhadap perkara yang diajar. Selain itu, guru haruslah sentiasa memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam subjek yang diajar. Guru perlu menggunakan kepimpinan yang bersesuaian dengan situasi seperti kepimpinan autokratik, demokratik, dan laissez-faire.
            Dinamika bilik darjah merujuk kepada pembentukan kumpulan-kumpulan kecil yang mempunyai ciri, nilai, tingkah laku, dan minat yang sama. Kajian sosiometri digunakan untuk mengenal pasti pola interaksi dan persahabatan dalam bilik darjah seperti murid yang disukai, kelompok-kelompok kecil yang rapat dan murid terpinggir. Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dinamika dalam bilik darjah ialah jantina, bangsa/agama, status sosioekonomi, pencapaian akademik, personality dan gaya pembelajaran. Guru perlu memainkan peranan dalam dinamika kumpulan untuk mengenal pasti bentuk dinamika kumpulan dalam bilik darjah, memberi perhatian kepada kumpulan murid yang terpinggir, menggunakan kuasa penularan, bimbing kumpulan untuk membentuk ciri-ciri yang diingini dan bertindak sebagai model.
            Interaksi adalah dua atau beberapa pihak saling bertindak atau berhubungan. Jenis interaksi termasuklah interaksi sehala/pasif, interaksi dua-hala, dan interaksi kumpulan. Interaksi sehala merupakan gaya kepimpinan autokratik yang berpusatkan guru. Guru sebagai penyampai maklumat dan kemahiran manakala murid sebagai penerima maklumat. Interaksi ini sesuai digunakan semasa memberi arahan/taklimat atau fakta penting kepada murid. Interaksi dua hala adalah penyertaan murid alam P&P melalui interaksi guru-murid. Guru bertanya murid tentang pengajaran yang disampaikan untuk menilai kefahaman murid. Murid bertanya soalan sekiranya tidak memahami pengajaran. Hal ini tidak mewujudkan interaksi antara murid-murid.
            Interaksi kumpulan merupakan gaya kepimpinan demokratik. Interaksi aktif berlaku antara guru-murid dan murid-murid. Guru bertindak sebagai fasilitator. Murid-murid saling berbincang dan berkomunikasi. Interaksi ini dapat mewujudkan kerjasama, hormat-menghormati, toleransi, bertukar fikiran, dan tolong-menolong. Interaksi ini sering diamalkan dalam tugasan amali, projek, dan pembentangan. Menurut Haliza dan Joy (2016), interaksi yang sihat dalam aktiviti pembelajaran dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.
            Cara membentuk interaksi yang sihat dalam pembelajaran adalah dengan mengamalkan sistem demokratik dalam proses pembelajaran, penyoalan dalam pengajaran, mempelbagaikan aktiviti pembelajaran, menggunakan kaedah pembelajaran koperatif, menggalakkan pembelajaran dalam kumpulan kecil, dan memupuk sikap yang betul terhadap interaksi.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

BAB 9: PENGURUSAN DISIPLIN

BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN