BAB 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN


Pengurusan
Menurut Stoner (1984), pengurusan adalah proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Pengurusan sangat penting untuk menambah pengetahuan, meningkatkan mutu amalan kerja guru, menambahkan produktiviti dan untuk mendapatkan keredaan Allah. Perpekstif pengurusan adalah dari segi bilik darjah dan sekolah.
            Pengurusan bilik darjah melibatkan tindakan guru untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan interaksi sosial yang positif, mewujudkan penglibatan pembelajaran aktif, dan meningkatkan motivasi kendiri murid (Burden 2003). Terdapat tujuh domain iaitu memilih satu model falsafah pengurusan disiplin dan bilik darjah, mengorganisasi persekitaran fizikal, menguruskan tingkah laku pelajar, mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyokong dan saling menghormati, mengurus dan melancarkan proses pengajaran, menggalakkan suasana bilik darjah yang selamat dan sihat, serta berinteraksi dengan rakan sekerja, ibu bapa, dan pihak lain untuk mencapai objektif pengurusan pembelajaran.
            Aspek pengurusan bilik darjah terdiri daripada pembelajaran, tingkah laku dan disiplin, dan fizikal. Strategi pengurusan pembelajaran adalah berpusatkan guru, bahan dan juga pelajar. Prinsip pengajaran termasuklah set induksi, penyampaian, dan penutup. Selain itu, pengurusan juga termasuklah dari segi pengurusan pelbagai budaya iaitu implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid dan Program Silang Budaya. Pengurusan pelbagai upaya adalah dari segi pemulihan, pengayaan, berkeperluan Khas, Program Pendidikan Inklusif serta Program Pendidikan Orang Asli dan Peribumi. Pentaksiran berasaskan sekolah terdiri daripada pusat, sekolah, jasmani dan psikometrik.
            Sekolah merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia (Sharpe 1989). Empat ciri pentadbiran sekolah termasuklah sekolah dan sistemnya adalah organisasi manusia, kumpulan sasaran manusia, matlamat utama sekolah berkait dengan pendidikan, serta manusia adalah modal insan atau aset utama sesebuah negara. Pengurusan sekolah perlu kreatif dan inovatif bagi membentuk organisasi sekolah yang dinamis- pengetahuan baru, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat dan pembangunan potensi manusia (Abd Rahim Abd Rashid 2001). Oleh itu, pengurusan sekolah yang berkesan adalah dengan mengurus sumber, bilik pembelajaran, tingkah laku/disiplin, penasihatan, multibudaya, multiupaya, sekolah dan masyarakat dan pengurusan kokurikulum.
Pembelajaran
Pembelajaran bermaksud sebarang perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat pengalaman yang diperolehi oleh seseorang atau akibat latihan yang dijalaninya (Morgan & King 1975). Prinsip pembelajaran merujuk kepada asas-asas yang menjelaskan bagaimana suatu proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan di bilik darjah (Shahabuddin et al., 2006).      Prinsip pembelajaran termasuklah kesediaan pembelajaran iaitu murid harus mempunyai kesediaan dari aspek mental, fizikal, dan emosi sebelum belajar. Seterusnya, pelajar hendaklah digalakkan menggunakan organ derianya bagi mendapatkan pengalaman. Prinsip latihan adalah murid dapat mengaplikasikan apa dipelajari. Pembelajaran yang kondusif merupakan susasana pembelajaran yang selesa. Pembelajaran yang bermatlamat merujuk pengajaran berfokus akan memudahkan murid mengikuti secara teratur dan sistematik dari senang ke susah, maujud ke abstrak dekat kepada jauh dan sebagainya.
            Selain itu, penglibatan aktif oleh murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) amat penting supaya pengajaran lebih hidup, ceria dan bermakna. Guru perlu membuat persediaan awal dari segi memahami kandungan, persediaan bahan, latar belakang murid. Guru juga perlu mengkaji murid iaitu analisis terhadap minat, kecenderungan, bakat, dan keperluan murid. Prinsip unsur dorongan adalah suasana pengajaran berbentuk dorongan dan meyakinkan murid.
            Faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar adalah termasuk kematangan fizikal iaitu berupaya dari segi kognitif, afektif dan kemahiran. Faktor mengekalkan perhatian iaitu beri tumpuan terhadap pengajaran guru, tumpuan mendengar, dan tumpuan minat. Seterusnya, faktor dorongan yang menjadi penggerak untuk menimbulkan minat. Faktor sosial dan persekitaran iaitu mengajar murid sedia menerima orang lain dan pendapat, prihatin terhadap sekitar, dan tidak egosentrik. Faktor pengalaman sedia adalah murid lebih sedia dan yakin untuk belajar.
            Jenis-jenis pembelajaran adalah memproses maklumat dan menggunakan pengalaman. Proses pembelajaran dimulakan dengan penanggapan iaitu membentuk persepsi terhadap rangsangan diterima pancaindera. Maklumat diproses dan disimpan sebagai pengalaman/ingatan sekiranya berguna. Pengalaman dalam bentuk pengetahuan dan kemahiran akan dipanggil semula untuk diguna bagi sesuatu tafsiran/menyelesaikan masalah/mencapai matlamat. Sekiranya tidak digunakan ia akan hilang dan dilupakan. Pengalaman yang selalu diproses, ditokok tambah, dan diperbaharui, ia akan kekal dalam ingatan.  

Comments

Popular posts from this blog

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

BAB 9: PENGURUSAN DISIPLIN

BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN