BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI
Kepimpinan
dalam organisasi adalah jabatan/posisi seseorang dalam sesebuah organisasi. Kepimpinan
berlaku apabila seseorang mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang lain untuk
mencapai objektif organisasi. Kejayaan organisasi bergantung pada kepimpinan
yang berwibawa. Sekolah yang berkesan dipimpin oleh pengetua yang cemerlang
(Abd Karim 1989). Menurut Kamus Dewan Bahasa, organisasi merupakan keupayaan
memimpin melalui teladan dan kepimpinan merupakan kesatuan yang terdiri
daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan untuk tertentu.
Terdapat beberapa gaya kepimpinan dalam
peringkat sekolah, iaitu autokratik, demokratik, Laissez-Faire dan kontingensi.
Autokratik merupakan gaya kepimpinan
yang menggunakan interaksi sehala. Pengetua memberi arahan, guru-guru hanya
mendengar dan tidak diberi peluang untuk menyuarakan pendapat atau memberi
cadangan. Pengetua yang mengamalkan gaya kepimpinan jenis ini dapat memastikan
perlaksanaan tugas dengan sempurna. Namun, ini akan menyebabkan motivasi
guru-guru rendah. Guru-guru akan terlalu bergantung kepada pengetua dan ini
mewujudkan suasana yang tegang.
Gaya kepimpinan demokratik menggunakan interaksi dua hala. Pengetua akan
berbincang, menerima dan memberi pandangan. Setiap sesuatu perkara diputuskan
melalui suara majority. Gaya kepimpinan ini amat disukai oleh para guru dan
staf lain kerana ia lebih banyak berbincang atau membuat keputusan bersama-sama
dan menimbulkan suasana kondusif menyebabkan guru-guru dapat menumpukan sesi
pengajaran dan pembelajaran dengan tenang dan gembira. Guru-guru dapat
menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan cemerlang dan dapat membina
disiplin serta menggalakkan semangat kerjasama, hormat dan hubungan yang mesra.
Guru-guru sentiasa bekerja keras walaupun semasa ketiadaan ketua.
Laissez-Faire
merupakan gaya kepimpinan yang bertentangan dengan autokratik. Laissez-Faire
bermakna tidak ada keyakinan diri dan tidak menetapkan matlamat. Pengetua
memberi kebebasan sepenuhnya kepada guru-guru untuk membuat keputusan. Pengetua
tidak membuat penilaian, tidak memberi pujian,kritikan, idea dan nasihat
kecuali diminta oleh ahli. Pengetua tidak mementukan tugas dan tanggungjawab
ahli serta tidak menekankan prestasi, pencapaian dan kecemerlangan guru-guru. Pengetua
memberi tanggungjawab sepenuhnya kepada guru dan kadangkala guru-guru mengambil
tugas ketua.
Gaya kepimpinan kontingensi merupakan sumbangan pemimpin terhadap keberkesanan
prestasi kumpulan yang bergantung pada gaya kepimpinan dan kesesuaian situasi yang
dihadapinya. Tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin dan
mentadbir organisasi sekolah. Terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi
kesesuaian situasi dan mempengaruhi keberkesanan pemimpin iaitu hubungan antara
pemimpin dan anggota, struktur tugas serta posisi kuasa.
Southworth (2002) mendefinisikan kepimpinan
pengajaran adalah berkait dengan pengajaran dan pembelajaran termasuk
pembelajaran profesion perguruan dan juga perkembangan pelajar. Justeru itu, guru
sewajarnya mengambil berat terhadap pengajaran dan pembelajaran termasuk
pembelajaran profesionnya mahupun pertumbuhan pelajar itu sendiri. YB Dr.
Maszlee bin Malik merupakan Menteri Pendidikan Malaysia dan Timbalan (Timb.)
Menteri Pendidikan ialah Teo Nie Ching. Dalam pengurusan tertinggi KPM,
terdapat Ketua Setiausaha, Timb. Ketua Setiausaha (Pembangunan Pelajaran), Timb.
Ketua Setiausaha (Pengurusan), Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPP), Timb.
KPP (Dasar & Pembangunan Pendidikan), Timb. KPP (Operasi Pendidikan), dan Timb.
KPP (Pembangunan Profesionalisme Keguruan). KPM merupakan pengurus tertinggi,
seterusnya JPN, PPD dan akhirnya sekolah.
Terdapat tiga perkara yang
dipertimbangkan dalam praperkhidmatan iaitu pemilihan calon guru, latihan
keguruan dan penilaian iktisas (tidak dipertimbangkan memasuki perkhidmatan). Pemilihan
calon yang menepati kriteria untuk mengikuti latihan keguruan pada peringkat
pengajian tinggi. Calon perlu lulus program pengajian dan memperoleh kelayakan
ikhtisas. Calon juga perlu melalui penilaian untuk layak dipertimbangkan
memasuki perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Pada awal
perkhidmatan, PPP dilantik ke jawatan tetap DG41 dan didaftarkan menjadi Guru
Malaysia. Tugas utama PPP adalah melaksanakan PdP dan menjalani program induksi
dan pementoran. Selain itu, fokus kepada kelayakan, lantikan, Rekod Daftar
Guru, & pembangunan kompotensi.
Dalam pemantapan kerjaya perlu ada
pemilihan laluan kerjaya (PdP, kepimpinan dan kepakaran), pembangunan
profesionalisme berterusan (individu dan organisasi) dan penilaian (pelaksanaan
dasar pemisah). Pengetua bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan
Kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar
Kementerian Pelajaran. Pengetua juga bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran
dan kewangan sekolah serta mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan
agensi-agensi luar. Guru Penolong Kanan (GPK 1) pentadbiran menjalankan tugas
Pengetua semasa ketiadaannya. GPK 1 juga bertanggungjawab kepada Pengetua dalam
hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan selain membantu
Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran serta semua aspek perancangan
dan pengurusan sekolah.
Tugas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
(GPK HEM) adalah menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan
GPK 1. GPK HEM juga mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua dan bertanggungjawab
kepada Pengetua dalam hal-hal kaunseling, keselamatan dan kebajikan pelajar,
buku teks, penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah, koperasi sekolah,
kantin sekolah serta penyeliaan asrama. Selain itu, membantu Pengetua menyelia
dan menilai aktiviti seperti dalam perkara-perkara di atas serta semua aspek
perancangan dan pengurusan sekolah. Tugas GPK Kokurikulum pula bertanggungjawab
menjalankan tugas Pengetua semasa ketiadaannya GPK 1 dan GPK 2, mengajar
sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua, bertanggungjawab kepada Pengetua
dalam hal kokurikulum termasuk sidang petang, menyelia dan menilai aktiviti
kokurikulum sekolah serta membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan
pengurusan sekolah.
Agihan mata pelajaran adalah
mengikut bidang. Dalam bidang bahasa terdapat mata pelajaran Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Dalam bidang Sains
Dan Matematik, terdapat mata pelajaran Sains Paduan, Sains Teras, Sains
Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik dan Matematik Tambahan. Mata
pelajaran dalam bidang Teknik dan Vokasional pula adalah Kemahiran Hidup
Bersepadu, Sains Pertanian, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Ekonomi
Rumah Tangga, Perdagangan, Prinsip Akaun dan Pengurusan Perniagaan. Manakala
mata pelajaran yang terdapat dalam bidang Kemanusiaan adalah Geografi,
Kesusasteraan, Pendidikan Moral, Sivik & Kewarganegaraan, Tasawur Islam,
Pendidikan Seni, dan Pendidikan Jasmani.
Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran
yang tertinggi adalah Pengerusi (Guru Kanan Mata Pelajaran), seterusnya Naib
Pengerusi (Ketua Panitia), Setiausaha dan ahli (Guru Mata Pelajaran). Guru
Kanan Mata Pelajaran ialah Ketua bidang mata pelajaran yang dilantik oleh
Jabatan Pendidikan Negeri dan melibatkan elaun khas guru kanan. Dia berperanan
sebagai penyelaras aktiviti P&P yang berkesan, penyelaras panitia bidang
mata pelajarannya, mentadbir & mengurus kurikulum bidang mata pelajarannya,
pengurus stor & inventori bidang mata pelajarannya dan kemajuan staf
akademik & bukan akademik dalam bidang mata pelajarannya. Tugas Kaunselor
pula adalah menolong pelajar untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan
dunia sosial dan psikologi di tempat pelajar berada dengan memahami sikap,
minat, bakat, kebolehan dan peluang-peluang untuk penyempurnaan kendiri dalam
diri pelajar.
Comments
Post a Comment