BAB 5: PENGURUSAN MURID


Pengurusan murid terbahagi kepada hal elwal murid dan pembelajara. Hal ehwal murid merangkumi rekod murid, manakala pembelajaran merangkumi kesediaan belajar dan motivasi. Pekeliling ikhtisas KPM Bil. 9/1978 memperkenalkan Kad Rekod Persekolahan (Pupil’s Cumulative Record Card) iaitu Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Rendah 001R (Warna kuning) dan Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Menengah 001M (Warna biru). Kad ini hendaklah digunakan untuk setiap murid sehingga tamat persekolahan. Kad ini juga perlu dikemas kini dari semasa ke semasa oleh guru kelas dan disiapkan selewat-lewatnya minggu ke-2 Januari.
            Perkara yang terkandung dan Kad 001 adalah rekod peribadi, keputusan peperiksaan, bantuan persekolahan, minat/kecenderungan, rekod kesihatan dan rekod penyakit kronik. Inovasi penyimpanan rekod murid bermula dari 1978 iaitu Kad 001. Seterusnya pada tahun 2005, Sistem Maklumat Murid (SMM) melalui Ms Access dan Stand-alone serta Offline. Pada tahun 2012 pula Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) secara online, sharing dengan ibu bapa dan dihubungkan dengan KPM, JPN, SAPS, dan SSPBS. Pada tahun 2015, Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang mengandungi Modul Pengurusan Sekolah (EMIS), Modul Pengurusan Murid (APDM – e-Kehadiran & maklumat Murid) serta Modul Pengurusan Guru (e-operasi). Penggunaan Kad 001 (Kad Rekod Persekolahan 001R dan 001M) dimansuhkan bermula 1 Januari 2017 berdasarkan Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 1/2017. Semua maklumat murid disimpan dalam talian.
            SPS merangkumi pengurusan sekolah, pengurusan guru dan pengurusan murid. Peranan guru data adalah untuk membantu mengumpul, mengunci masuk data, memproses, menyimpan, mencetak, menghantar maklumat mengikut kaedah yang ditetapkan oleh KPM dalam pengurusan data/modul dalam SPS. Kepentingan rekod murid adalah  untuk memantau kemajuan murid, menjalin hubungan antara guru-ibu bapa, di mana kedua-dua pihak boleh menilai laporan kemajuan murid, dan membantu KPM mengenal pasti latar belakang dan pencapaian murid dalam satu kawasan. Maklumat murid amat penting untuk guru agar dapat mengenal pasti keperluan murid berdasarkan latar belakang, pencapaian akademik, dan kehadiran yang memerlukan bimbingan khas dan juga bantuan kewangan. Selain itu, maklumat ini dapat menentukan aktiviti/pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan, minat dan pencapaian murid.
            Guru perlu sentiasa peka terhadap keperluan murid. Pengrtahuan ini membantu guru merancang & mengurus keperluan murid agar lebih bersedia mengikuti P&P. Guru perlu mempunyai pengetahuan mendalam mengenai teori perkembangan dan psikologi dan pengetahuan mengenai latar belakang murid berdasarkan rekod-rekod pembelajaran, kesihatan, kehadiran dan sebagainya. Pemerhatian yang sistematik oleh guru dalam bilik darjah dan semasa P&P serta pemantauan tingkah laku murid dalam beberapa situasi berbeza amat penting. Terdapat beberapa perbezaan murid iaitu perbezaan perkembangan mental, sikap dan minat, kadar pertumbuhan fizikal, status dan sosioekonomi, jantina dan perbezaan dalam diri individu.
            Kesediaan belajar adalah keadaan diri murid yang membolehkannya memperoleh pengalaman pembelajaran yang baharu. Kesediaan belajar terdiri daripada kognitif, afektif dan psikomotor. Kesediaan kognitif berkait rapat dengan mental untuk memahami dan berfikir. Perkembangan mental bergantung kepada umur seseorang. Kesediaan afektif adalah sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat dan nilai untuk menerima pelajaran yang akan disampaikan. Pelajar yang berminat terhadap pelajaran akan memainkan peranan yang aktif dalam aktiviti. Kesediaan psikomotor merupakan penguasaan kemahiran fizikal termasuklah perkembangan fizikal yang merangkumi fungsi anggota dan pengawalan, penyelarasan, penggerak, di dalam seluruh tubuh badan. Penguasaan kesediaan psikomotor adalah bergantung kepada kesediaan kognitif serta kesediaan afektif pelajar.
            Terdapat dua hubungan motivasi murid dan pembelajaran iaitu murid motivasi rendah dan murid motivasi tinggi. Bagi murid motivasi rendah, aktiviti berbentuk tidak mencabar, tidak peduli tentang prestasi diri serta pasif dan malas dalam pembelajaran. Manakala bagi murid motivasi tinggi, aktiviti sentiasa berbentuk mencabar, sentiasa menyemak prestasi diri serta kritis dan kreatif dalam pembelajaran. Teknik intrinsik merupakan dorongan dalaman dan minat yang terdapat pada diri seseorang untuk melakukan sesuatu tanpa memikirkan ganjaran yang bersifat semula jadi dengan unsur yang sedia ada dalam proses pembelajaran. Teknik ekstrinsik diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan murid untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya.
            Cara guru meningkatkan motivasi murid dalam P&P adalah dengan memahami objektif pembelajaran, melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran, berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya, pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan minat murid, masa untuk menyiapkan tugasan atau berinteraksi, mendapat pengalaman kejayaan, serta menerima maklum balas yang tepat dan realistik.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

BAB 9: PENGURUSAN DISIPLIN

BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN