BAB 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH
Bilik
darjah merupakan tempat yang kompleks dan sibuk, serta mempunyai ciri-ciri yang
khusus, yang boleh mempengaruhi murid dalam bilik darjah tersebut (Doyle,
1986). Aktiviti dalam bilik darjah melibatkan murid, guru, tugasan, ruang,
masa, dan bahan pembelajaran. Menurut Alberto & Troutman (1986), cara yang
digunakan untuk mengurus aktiviti pengajaran, susunan fizikal, dan keadaan
psikososial di dalam bilik darjah, bagi memastikan penggunaan masa yang efisien
dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra, sekali gus mengurangkan
masalah tingkah laku.
Pengurusan bilik darjah merupakan proses
yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi
dan interaksi antara murid yang bertujuan untuk memudah cara atau mengendalikan
pembelajaran murid di dalam kelas. Bilik darjah merupakan persekitaran
pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran.
Elemen utama dalam tugas guru untuk mengajar adalah penyampaian ilmu dan pengurusan
bilik darjah. Tujuan dimensi penyampaian ilmu adalah untuk mencapai objektif
pengajaran (jangka pendek) dan pencapaian akademik (jangka panjang). Tujuan
pengurusan bilik darjah adalah membentuk dan memelihara tingkah laku murid yang
menyumbang kepada dimensi penyampaian ilmu.
Pengurusan bilik darjah merangkumi
aktiviti pembelajaran, fizikal dan psikososial. Pengurusan bilik darjajh yang
berkesan adalah dengan menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai, membentuk
suasana pembelajaran yang positif, menjalinkan hubungan interpersonal antara
guru dengan murid dan murid dengan murid, menggunakan masa yang diperuntukkan
untuk pembelajaran dengan optimum, meningkatkan penglibatan murid dalam
aktiviti P&P, mengurangkan masalah disiplin, pengurusan rutin yang
berkesan, dan murid belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri. Persekitaran
fizikal bilik darjah perlulah selamat dari segi fizikal dan psikologi,
mempunyai identiti simbolik seperti hasil kerja dan carta organisasi,
perkembangan dari segi peralatan, bahan bacaan dan buku kerja serta ketenangan
dari segi susunan dan hiasan yang menarik dan selesa.
Psikososial merujuk kepada hubungan
antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Faktor yang
mempengaruhi psikososial bilik darjah adalah pendekatan pengajaran, gaya
kepimpinan guru dan bentuk komunikasi dan interaksi dalam bilik darjah.
Persekitaran psikososial bilik darjah perlu mempunyai suasana demokratik dalam
bilik darjah, guru sebagai pendidik & fasilitator, menimbulkan persekitaran
saling mempercayai dan menghormati, percaya setiap murid mempunyai kebolehan
untuk berjaya, menunjukkan contoh teladan yang baik, menjadikan bilik darjah
sebagai tempat yang selamat dan seronok, menunjukkan rasa cinta & semangat
untuk mendidik, menyemai semangat kekitaan dan mengamalkan komunikasi berkesan.
Pengurusan pembelajaran adalah
berpusatkan guru, bahan dan pelajar. Dalam rancangan pengajaran harian,
pengurusan pembelajaran perlulah merangkumi kandungan, pengajaran secara
individu dan berkumpulan, bahan/alat instruksional serta pentaksiran. Dalam
aktiviti pengajaran berkumpulan, pengelompokan murid dibuat berdasarkan
peringkat kebolehan atau minat. Tujuan pengajaran berkumpulan adalah untuk memudahkan
guru membimbing murid, menggalakkan penglibatan aktif individu, memupuk
kerjasama antara murid, memupuk rasa tanggungjawab, murid yang cerdas boleh
membantu murid yang lemah serta guru beri tumpuan kepada pelajar yang sama
peringkat kebolehan. Bentuk pengajaran berkumpulan adalah mengikut kebolehan,
pelbagai kebolehan dan mengikut minat.
Pengajaran individu adalah setiap
murid memiliki perbezaan dari segi kecerdasan, kebolehan, bakat, cita-cita dan
minat. Setiap murid berhak untuk mendapatkan peluang perkembangan kecenderungan
mereka secara menyeluruh. Dalam P&P individu, murid akan menguasai kemahiran
mengikut kebolehan mereka. Guru harus memerhati dan mengetahui perbezaan ini.
Ia dapat dikesan melalui kemahiran bertutur, membaca, menulis, mengira,
menyelesaikan masalah, melukis dan menggunakan peralatan dan bahan. Pada amnya,
murid mengalami proses pembelajaran secara individu walaupun ketika di dalam
kelas sama ada secara formal atau tidak formal. Objektif P&P individu
adalah agar murid dapat menguasai kemahiran asas seperti membaca, menulis dan
mengira mengikut kebolehan masing-masing, murid mendapat panduan secara
langsung daripada guru atau rakan sebaya, murid dapat memperkembang kemahiran
berfikir dan bertindak dengan sendiri, serta meningkatkan keyakinan diri dan
mempunyai motivasi untuk belajar.
Panduan merancang dan mengurus
pembelajaran adalah dengan mengenal pasti sukatan pelajaran tertentu yang
sesuai dijalankan. Selain itu, mengenal pasti aktiviti yang telah dirancang
untuk dilakukan dan emilih dan mengumpul alat dan bahan pengajaran seperti
bahan cetak, bahan tayang, bahan audio dan bahan tiga dimensi. Bahan pengajaran
merangkumi alat da nisi pelajaran dan dikenali sebagai perkasasan, bahan atau
perisian. Bahan ini digunakan sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi
pembelajaran yang lebih bermakna. Bahan pengajaran dapat membantu guru
menjelaskan apa yang hendak diajar dan membantu murid memahami apa yang diajar.
Jenis bahan dan penghasilannya terbahagi kepada bahan hidup seperti manusia,
haiwan, dan tumbuh-tumbahan dan bahan bukan hidup seperti elektronik dan bukan
elektronik. Perkara yang diutamakan dalam merancang penggunaan sesuatu bahan
adalah jenis dan bentuk bahan, cara bahan digunakan dan kemudahan mendapatkan
bahan.
Pentaksiran berdasarkan sekolah
terdiri daripada pusat, sekolah/bilik darjah, jasmani dan psikometrik.
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) berterusan dalam sesi P&P bagi mendapatkan
maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan, dan pencapaian murid. PBD
berlaku secara formatif dan sumatif. PBD bertujuan untuk melihat perkembangan
kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru menambah baik
pengajaran mereka. Kepentingan PBD adalah untuk mengesan perkembangan murid
secara menyeluruh, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran,
mengetahui keberkesanan pengajaran, merancang dan mengubah suai kaedah
pengajaran, serta mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.
Comments
Post a Comment