BAB 7: PENGURUSAN SUMBER
Pengurusan
adalah satu proses aktiviti tadbir untuk merancang, mengorganisasi, memimpin
dan mengawal sumber secara cekap dan berkesan ke arah mencapai matlamat organisasi
yang telah ditetapkan. Sumber adalah segala punca atau cara-cara tersedia ada
pada diri individu, keluarga dan di dalam persekitaran yang disedari atas
potensinya atau kebolehannya memenuhi sesuatu permintaan. Manakala pengurusan
sumber merupakan satu proses membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber
yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan.
Pusat sumber adalah suatu tempat yang
memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa. Perkhidmatan yang
ditawarkan membolehkan pelanggan mendapat dan mengamal kemahiran dalam
pembelajaran. Koleksi bahan yang disediakan lengkap dan kemaskini sejajar dengan
perkembangan pendidikan. Pusat ini merupakan agen perubahan yang dapat memupuk
potensi dan minat pelanggan di bidang pembelajaran. Objektif pusat sumber
adalah untuk kecemerlangan pendidikan, penggunaan kemudahan, pemupukan tabiat
belajar, penghasilan bahan, perkhidmatan pembelajaran dan kemahiran maklumat.
Fungsi pusat sumber adalah untuk mengenal
pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum
dan berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses
pembelajaran. Selain itu, ia adalah tempat pemilihan dan penilaian bahan
sebelum digunakan dan merupakan pintu masuk maklumat dari agensi luar. Fungsi
lain adalah untuk mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil dan
mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum, sebagai penggalak aktiviti
membaca dan kemahiran maklumat, pengembangan kemahiran pembelajaran kendiri, penyedia
keperluan terkini teknologi pendidikan serta penyedia perkhidmatan reprografi
dan rakam salin.
Ciri-ciri pusat sumber yang berkesan
termasuklah warga sekolah tahu dan kenal pengurus Pusat Sumber Sekolah (PSS), terdapat
pelbagai aktiviti galakan penggunaan PSS, perkhidmatan dan koleksi digunakan
dalam proses PdPc, lokasi PSS di tengah-tengah kawasan sekolah agar mudah dan
cepat dikunjungi, warga sekolah suka dan senang datang menggunakan PSS, warga
sekolah faham peranan PSS sebagai khidmat bantu kurikulum serta mempunyai
koleksi yang sesuai, mencukupi, terkini dan menarik. Langkah pembentukan PSS
yang berkesan adalah penubuhan AJK dan pelantikan kaki tangan, rancangan
pengoperasian, rancangan pengurusan perkhidmatan, latihan dan bengkel untuk
kaki tangan (petugas), pengurusan kemudahan fizikal dan keceriaan, orientasi
dan penerangan kepada pelanggan, kemas kini rekod pengurusan (koleksi), promosi
dan galakan penggunaan serta penyemakan stok & penyediaan laporan tahunan.
Dalam sebuah PSS, sumber boleh
dibahagikan kepada perkakasan (hardware)
dan bahan (software). Bahan terdiri
daripada bahan cetak dan bukan cetak. Koleksi pusat sumber merangkumi media dan
bahan. Media cetak dan bahannya adalah buku, terbitan berkala dan carta. Dalam
media tayang, bahannya adalah lut sinar, dan filem. Bahan-bahan untuk media
perisian dan bahan 3 dimensi adalah melalui audio (Kaset, audio CD), TV/VCR (Pita
video, VCD/DVD), komputer (Disket, CD interaktif), PdPc (Glob, model) dan
permainan (Catur, Scrabble). Bahan cetak ialah bahan yang tercetak secara
mekanikal atau elektronik ke atas kertas, kad atau kertas tebal. Antaranya
ialah buku rujukan, buku fiksyen, nota, majalah, gambar fot, surat khabar,
kertas kerja dan buku bergambar. Manakala bahan bukan cetak adalah seperti
bahan 3 dimensi, carta, perkakasan, permainan, perisian dan bahan kos murah.
Perkakasan terdiri daripada tayang dan bukan tayang. Contoh tayang adalah
projektor overhead, projektor slaid,
projektor filem jalur, dan projektor legap/episcope/epivisor.
Konsep pembelajaran berasaskan
sumber adalah manusia belajar padar kadar 11% mendengar dan 83% melihat. Selain
itu, keupayaan mengingat pada kadar 20% apa yang didengar dan 50% apa yang
dilihat dan didengar. Kaedah pembelajaran berasaskan sumber meliputi satu mata
pelajaran tertentu atau melibatkan berbagai disiplin pelajaran, dibimbing oleh
guru dan berpusat kepada murid, bersifat individu atau secara kumpulan serta menggunakan
bahan bagi pembelajaran secara individu atau kumpulan. Komponennya adalah
penggunaan buku teks, aktiviti penelitian, pencarian bahan dari pelbagai
sumber, latihan penyelesaian masalah, dan penggunaan alat pandang dengar. Dari
segi dasar pula adalah pengajaran melalui kerja projek, pengajaran unit yang
berintegrasi, pendekatan inter disiplin dan pembelajaran individu secara aktif.
Ciri-ciri pembelajaran berasaskan
sumber termasuklah aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada sumber
pendidikan, melibatkan pelajar belajar secara aktif, menyajikan berbagai
pendekatan tentang bahan pembelajaran, kaedah kerja dan saluran komunikasi,
motivasi belajar akan dapat ditingkatkan, memberi peluang kepada pelajar
belajar mengikut keupayaan, lebih fleksibel dalam penggunaan waktu dan ruang
belajar serta mengembangkan sikap yakin kepada diri sendiri dan melatih
kemahiran belajar sepanjang hayat. Penekanan pembelajaran berasaskan sumber
adalah dengan memilih kaedah dan strategi pendekatan, cari, kumpul dan pilih
bahan, penyediaan tempat untuk beraktiviti serta bimbingan dan tunjuk ajar dari
guru.
Comments
Post a Comment