Posts

Showing posts from December, 2018

BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

Pengurusan alam pembelajaran merupakan persediaan ke alam sekolah melalui kajian di sekolah dan Program Perantis Guru (PPG) 1dan 2. Pengajaran dan pembelajaran (PdP) perlu dirancang untuk memenuhi masa yang diperuntukkan, menepati kehendak objektif/matlamat, berkesan sepanjang waktu pengajaran, serta menarik perhatian dan tidak membosankan. Objektif pengajaran terbentuk daripada implisit dan eksplisit. Bagi objektif implisit, ia melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti memahami, mengetahui, menghargai sesuatu yang telah diajar. Manakala, bagi objektif eksplisit pula melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti menyenaraikan, menjelaskan, memberikan contoh, serta menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan.               Buku rekod mengajar adalah buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku ini mengandungi dua perkara penting iaitu Rancan...

BAB 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks. Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah. Faktor luaran dan dalaman sekolah adalah tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, murid di sekolah. Sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakat terlibat dalam tiga dimensi interaksi dengan pihak luar. Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah seperti kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah.             Gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah merupakan faktor-faktor dalaman sekolah. Bagi interaksi dalaman sekolah, situasi pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan...

BAB 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

Pengurusan pelbagai upaya merupakan pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas. Program-program pendidikan menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas. Program pemulihan merupakan satu program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus. Murid pemulihan merupakan murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.             Pemulihan mengutamakan prinsip ‘menyelesaikan masalah seawal mungkin’ supaya tidak kronik. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayany...

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Pelbagai budaya bermaksud satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan. Teori sosial pelbagai budaya adalah Melting Pot 1 ( Anglo Conformity ), Melting Pot 2 ( Ethnic synthesis ) dan Cultural pluralism ( Mosaic Analogy ).             Teori Melting Pot 1 ( Anglo Conformity ) adalah masyarakat yang terdiri daripada individu yang pelbagai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya harus disatukan dalam satu wadah yang paling dominan. Teori ini melihat individu dalam masyarakat secara hierarki, iaitu kumpulan majoriti dan minoriti. Sebagai contoh, apabila kumpulan majoriti adalah penganut agama A, maka kumpulan minoriti hendaklah mengikut agama...

BAB 10: PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN

Falsafah Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling menyatakan, “Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.”             Pengurusan tertinggi dalam Unit Bimbingan dan Kaunseling adalah Pengerusi (Pengetua), seterusnya Naib Pengerusi (4GPK, 4 Guru Kanan), Setiusaha (Kaunselor), Penolong Setiusaha (Kaunselor) dan Ahli Jawatankuasa. Semua lantikan Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) hendaklah dikecualikan daripada beban tugas mengajar secara tetap dan berjadual. Unit Bimbingan dan Kaunseling fokus kepada peningkatan disiplin murid, pembangunan dan perkembangan sahsiah diri murid, pengurusan akademik dan kerjaya serta...

BAB 9: PENGURUSAN DISIPLIN

Menurut Abdullah Sani (2005) disiplin merupakan satu bentuk latihan untuk mengembangkan potensi individu daripada segi intelek, jasmani, rohani dan sosial supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia dan memberi manfaat kepada masyarakat. Disiplin adalah satu set peraturan yang telah ditetapkan kepada murid-murid bagi mengawal serta untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini. Terdapat 2 bentuk disiplin iaitu disiplin asas dan disiplin intrinsik/kendiri. Disiplin asas melibatkan individu dalam masyarakat yang lebih besar. Peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh institusi-institusi bukan formal dan formal yang wujud dalam masyarakat demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan hidup seharian. Manakala, disiplin intrinsik/kendiri adalah disiplin yang lahir dalam individu. Disiplin jenis ini merangkumi sifat empati, mempunyai kesedaran sivik, moral,agama dan pergaulan yang tinggi dalam masyarakat.          Tugas guru dalam menjalank...

BAB 8: STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

Menurut Guey R.Lefroncis (1999) pengurusan bilik pembelajaran ialah sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti guru yang dirancang dengan tujuan memudahkan cara Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah, merangkumi, tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan tempat duduk dan memperuntukkan masa pelajaran. Strategi membawa maksud pelbagai cara untuk mencapai tujuan. Secara khususnya bilik darjah merujuk kepada sebuah bilik tempat berlakunya proses PdP di sekolah. Bilik darjah mempunyai perabot seperti kerusi meja (guru dan pelajar), almari, papan kenyataan, dan papan hitam/putih. Bagi mata pelajaran tertentu, perabot dan alatan disediakan bersesuaian dengan mata pelajaran berkenaan.             Jenis-jenis bilik pembelajaran adalah bilik darjah tradisi, bilik darjah terbuka, bilik darjah bercantum, bilik darjah pra sekolah, bilik darjah Pembelajaran Abad ke 21, bilik darjah multimedia, dan bili...

BAB 7: PENGURUSAN SUMBER

Pengurusan adalah satu proses aktiviti tadbir untuk merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber secara cekap dan berkesan ke arah mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan. Sumber adalah segala punca atau cara-cara tersedia ada pada diri individu, keluarga dan di dalam persekitaran yang disedari atas potensinya atau kebolehannya memenuhi sesuatu permintaan. Manakala pengurusan sumber merupakan satu proses membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan.              Pusat sumber  adalah suatu tempat yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa. Perkhidmatan yang ditawarkan membolehkan pelanggan mendapat dan mengamal kemahiran dalam pembelajaran. Koleksi bahan yang disediakan lengkap dan kemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan. Pusat ini merupakan agen perubahan yang dapat memupuk potensi dan minat pelanggan di bidang pembe...

BAB 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH

Bilik darjah merupakan tempat yang kompleks dan sibuk, serta mempunyai ciri-ciri yang khusus, yang boleh mempengaruhi murid dalam bilik darjah tersebut (Doyle, 1986). Aktiviti dalam bilik darjah melibatkan murid, guru, tugasan, ruang, masa, dan bahan pembelajaran. Menurut Alberto & Troutman (1986), cara yang digunakan untuk mengurus aktiviti pengajaran, susunan fizikal, dan keadaan psikososial di dalam bilik darjah, bagi memastikan penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra, sekali gus mengurangkan masalah tingkah laku.             Pengurusan bilik darjah merupakan proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antara murid yang bertujuan untuk memudah cara atau mengendalikan pembelajaran murid di dalam kelas. Bilik darjah merupakan persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran. Elemen utama ...